Tarik Balik Saman SR : Manisnya Senyuman-mu Tuan Guru
Ada sahabat yang berkongsi saat manis bersama Tuan Guru Presiden malam tadi. Katanya, kelihatan TGHH sangat ceria meskipun dikritik tajam akibat tindakan menarik balik kes saman ke atas Sarawak Report.
Ujian demi ujian, Tuan Guru harunginya dengan senyuman yang sentisa menguntum.
Terma yang paling tepat dan sesuai bukanlah disebut sebagai “tarik balik saman”, tetapi ia adalah “Penyelesaian Bersama” melalui “Perintah Persetujuan” ataupun Consent Order.
Secara asasnya, “Tarik balik” itu banyak kebaikannya atas perkiraan berikut:
1. Saman SR itu adalah saman politik, yang mana matlamatnya sudah dicapai dengan melihat keputusan pilihanraya-PRU14. Dari sudut analisa kes, bagi PAS kes SR sudahpun bersifat akademik sahaja.
2. Kos - ia terbukti sangat tinggi dan PAS sebagai sebuah parti yang bergerak di atas jalan dakwah tidak akan mampu untuk menghabiskan wang sejumlah nilai itu untuk satu satu isu atau perkara. Di mana lagi Parti Islam ini mahu kumpul sekitar RM5 juta dalam masa 2/3 bulan ke hadapan? Yang dikutip baru baru ini pun sudah habis (licin) bahkan terpaksa ditambah lagi untuk meneruskan saman tersebut.
3. Kes itu secara “legal” adalah saman peribadi oleh TGHH. Dan TGHH cukup tidak selesa apabila namanya digunakan untuk mengutip derma bagi membiaya kes tersebut walaupun tindakan itu adalah amat perlu bagi menjaga nama baik serta imej PAS.
4. Dengan sumber yang terhad, TGHH berpendapat lebih baik dana yang ada digunakan untuk melaksanakan program dan aktiviti parti menuju PRU15. Ia lebih banyak faedah kerana fitnah ini akan muncul dalam pelbagai rupa dan bentuk, lalu tidak berbaloilah untuk dibazirkan dana yang banyak bagi satu tujuan sahaja.
5. Dan jikalau menang pun sangat tidak padan dengan gantirugi yg mungkin diperolehi nanti.
6. Bahkan antara perkara yang merisaukan ramai sahabat sahabat dan para pendokong serta pencinta agama adalah berkaitan tahap kesihatan TGHH yang tidak berada dalam keadaan yang baik. Apatah lagi untuk diletakkan di dalam kandang saksi dan disoal balas selama dua atau tiga hari oleh Queens Counsel.
Apapun, ujian kes saman SR hanyalah salah satu siri daripada sekian banyak mehnah dan fitnah yang pernah PAS hadapi puluhan tahun ini. Kalian boleh terus fitnah dan tohmah PAS namun Parti Islam ini terus kuat hari demi hari dan berada di satu persada yang tidak mampu digugat oleh sesiapapun.
Dan izinkanlah kami wahai Tuan Guru, untuk menumpang sedikit sifat sabar dan tenangmu. Biarkan kami meminjam manisnya senyummu saat diduga dan diterjah ombak badai selama memimpin kami. Benarlah katamu wahai Tuan Guru, banyakkan membaca Al Quran dan jangan hanya membaca Facebook dan Whatsapp semata mata.